Tuesday, 16 February 2016

Daya Tahan Kardiovaskular



Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung, saluran darah (arteri, vena dan kapilari) dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa  melakukan aktiviti.
  • Contohnya ialah: 




1. Berjoging


2. Latihan Parcourse


3. Latihan Fartlek


  • Faedah Latihan
>  Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kecekapan otot jantung.
>  Mengurangkan risiko penyakit jantung
>  Membakar lemak di dalam badan
>  Mengawal dan mengurangkan berat badan




1.    Latihan berkonsepkan Parcourse
       
Tujuan:- Untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot jantung
              - Untuk meningkatkan daya tahan otot-otot rangka dan menjadikan badan bertambah sihat                     dan cergas
Aktiviti:-Berjalan
              -Lari pecut
              -Berjoging


2. Latihan Fartlek

-Ianya berasal dari negara Sweden.
-Latihan ini berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti:


  
                                                                       Berjalan pantas

  
Lari pecut


Berjoging


Lari dalam kelajuan sederhana

-Latihan ini dilakukan di pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya
-Latihan ini dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan.
-Tujuan latihan ini bukan hanya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan   kebosanan.





* Semoga blog ini dapat membantu anda semua*