KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
4.1.Kesihatan Diri
Penyakit seperti aneroksia nervosa dan bulimia nevosa adalah disebabkan individu yang mempunyai keiginan untuk kelihatan cantik dan menarik. Mereka mengambil jalan yang singkat untuk kelihatan langsing dan cantik dan ini juga tidak mendorong individu mengamalkan pemakanan yang sihat.
a) Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat
Maksudnya: Pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan.
Puncanya disebabkan: Masalah psikologi iaitu kebimbangan terhadap kegemukan yang berlebihan
Tiga amalannya seperti:
-Berlapar dan tidak sukakan makanan (anoreksia nervosa)
-Memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek tekak selepas makan
(bulimia nervosa)
-Pengambilan pil pelangsing badan
*Anoreksia nervosa*
Ciri-ciri:
1. Terlalu bimbang dan takut akan kegemukan
2. Sentiasa merungut dan tidak puas hati tentang berat badannya
3. Sentiasa berasa rendah diri apabila berbual mengenai berat badan
4. Benci pada makanan
5. Gangguan kitaran haid
6. Imej kendiri yang tiba-tiba berubah
*Bulimia nervosa*
Ciri-ciri:
1. Mempunyai selera makan yang tinggi
2. Makan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu masa
3. Mengalami sakit perut sebaik sahaja selepas makan
4. Keinginan mempunyai berat badan yang unggul
5. Selalu merungut mengenai berat badan
6. Kerap mengalami sakit tekak
7. Gangguan kitaran haid
*Pengambilan pil untuk langsing*
Ciri-ciri:
1. Mengambil pelbagai jenis pil pelangsing
2. Gangguan terhadap selera makan
3. Tidak melakukan senaman
~Kesan Amalan Pemakan Yang Tidak Sihat~
- Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air da kalsium untuk proses perkumuhan badan
- Gangguan pada denyutan jantung
- Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi yang tiada konsisten dan bekemungkinan mati mengejut
- Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering, rambut gugur dan tidak bermaya
- Kandungan elektrolit badan tidak seimbang
- Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendrian
- Kekurangan rembesan estrogen
- Mempercepatkan proses osteoporosis
- Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong
#Langkah-langkah Pencegahan Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat#
![]() |
| Mengamalkan senaman yang tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selama 20 minit bagi setiap sesi |
![]() | ||
| Memantau sendiri dengan merekodkan makanan yang dimakan setiap hari
|
![]() |
| Elakkan mengambil makanan ringan seebelum waktu makan |
![]() |
| Tidak megambil makanan yang berkalori tinggi |
![]() |
| Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan |
![]() |
| Makan antara tiga hingga empat kali seharidalam jumlah kecil bagi mengelakkan lapar |
![]() |
| Mematuhi jadual makanan |















