Tuesday, 12 April 2016

~Bola Baling~


#Pendahuluan

1.Permainan Bola Baling diperkenalkan oleh Heizer dari Jerman dan permainan ini  dipertandingkan buat kali      pertama pada tahun 1932 di Sukan Olimpik Berlin.
2.Di Malaysia pula diperkenalkan pada tahun 1977,Negeri Selangor merupakan negeri pertama  yang          
   menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981.
3.Persekutuan Bola Baling ditubuhkan 3 tahun selepasnya. Hasil dari penubuhan  tersebut,permainan bola     
   baling mula berkembang ke seluruh negara & dipertandingkan  ke peringkat kebangsaan.
4.Bola Baling boleh dimainkan oleh lelaki & perempuan tanpa mengira umur.
5.Permainan ini ialah permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan  bilangan 7 orang   
    sepasukan.
6.Kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran hantaran,menangkap     
   bola,mengelecek,mengacah,menghadang,menjaring & menjaga gol.
7.Gambar di bawah menunjukkan gelanggang Bola Baling:

#Jenis kemahiran:

1) Kemahiran hantaran
-Hantaran ialah  kemahiran asas permainan bola baling. Terdapat 4 kemahiran asas    hantaran:

a) Hantaran atas kepala

-Hantaran yang tinggi & jauh.
-Hantaran ini sukar dipintas sekat oleh pihak lawan.
-Ayunkan tangan dari belakang ke hadapan untuk mendapatkan daya.
-Ikut lajak untuk keseimbangan badan.

b) Hantaran lantun

-Hantaran untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuuat hantaran secara mengejut.
-Lentikan tangan untuk menghasilkan daya yang lebih.


c) Hantaran lompat

-Hantaran untuk menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan.
-Buat rotasi di bahagian pinggang untuk menghasilkan lebih banyak daya.

d) Hantaran Aras dada

-Hantaran untuk jarak dekat tetapi pantas.
-Hantaran ini lebih berkesan apabila dilakukan oleh 2 pemain yang membuat larian pecut dalam  serangan.
-Pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan untuk menambahkan kelajuan bola.

2) Kemahiran menangkap
-Kemahiran ini boleh dilakukan sama ada dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah  tangan dari pelbagai aras. Tujuannya untuk mengawal & menguasai permainan. Berikut  merupakan cara untuk kemahiran ini:

a) Menangkap kedua bola dengan kedua-dua belah tangan

-Serap daya & imbangkan badan selepas menangkap bola.

3) Kemahiran menggelecek dengan bola

-Mengelecek bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambil melantun. Tujuannya untuk membolehkan  pemain bergerak dengan bola dari 1 tempat ke tempat yang lain untuk melepasi pihak lawan. Latihan ini  melibatkan kemahiran:

a) Lantunkan bola dengan jari dibuka pada paras pinggang

b) Badan dicondongkan sedikit ke hadapan

c) Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan


4) Kemahiran mengacah

-Mengacah ialah pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan peluang menyerang  pasukan lawan. Berikut merupakan cara mengacah:

a) Mengacah tanpa bola

-Biasanya digunakan untuk melepaskan diri daripada pihak lawan.

b) Mengacah dengan bola
-untuk meneruskan serangan

5) Kemahiran mengadang
Mengadang ialah kemahiran mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang. Tujuannya adalah untuk melambatkan pergerakan & mengehadkan ruang serangan pihak lawan. Latihan kemahiran yang perlu dikuti ialah:

a) Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi

b) Kedudukan badan seimbang

c) Mata sentiasa mengawasi pergerakan pihak lawan

d) Bergerak mengikut arah pergerakan pihak lawan


6) Kemahiran menjaring
Kemahiran ini bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang. Tujuannya untuk mendapatkan mata kemenangan. Variasi menjaring adalah seperti:

a) Jaringan lompat

-Jaringan ini ialah untuk menghantar bola ke gawang sambil melompat.
-Pergerakan melangkah adalah untuk mewujudkan momentum lonjakan.


b) Jaringan junam

-Dikenali sebagai jaringan jatuh kerana penjaring akan menjatuhkan badannya sebaik sahaja membuat renjaman.
-Tujuan jaringan  junam adalah untuk mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol &  mengelirukan penjaga gol.
-Gulingkan badan untuk menyerap daya terjahan.


7) Kemahiran menjaga gol
-Dikenali sebagai jaringan jatuh kerana penjaring akan menjatuhkan badannya sebaik sahaja membuat renjaman.
-Tujuan jaringan  junam adalah untuk mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol &  mengelirukan penjaga gol.
-Gulingkan badan untuk menyerap daya terjahan.


a) Menampan bola

-Merupakan tingkah laku menangkis bola dengan kaki atau tangan.
-Tujuannya untuk mengawal serangan pihak lawan yang datang berhadapan dengan penjaga gol.
-Sekiranya bola terlalu rendah,penjaga gol hendaklah merebahkan badannya.
-Keadaan sedia adalah untuk mempercepatkan tindak balas.


# Undang-undang dan peraturan


1.Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 7 orang pemain akan bermain,      sementara baki 5 orang lagi akan menjadi pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan    bila-bila masa ketika dalam permainan.

2. Permainan diadili oleh dua orang pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat     permulaan atau memulakan perlawanan. Balingan dibuat di garisan tengah.

4. Seseorang pemain dibenarkan :


(a) menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun sama ada     dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

(b) memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran

(c) melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke satu tempat lain dalam kawasan permainan yang      ditetapkan.

5. Kecuali penjaga gol, pemain-pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan
    gol.

6. Apabila penjaga gol keluar daripada kawasan golnya, dia akan dianggap sebagai seorang pemain      padang.

7. Jika bola keluar daripada garisan tepi, permainan disambung semula dengan satu

balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak menyebabkan bola itu keluar.

8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak

lawan hendaklah berada pada jarak sekurang-kurangnya 3 meter daripada

pembaling.

9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seseorang pemain itu

menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan dari arah atau mana-mana













Friday, 18 March 2016


KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


4.1.Kesihatan Diri

Penyakit seperti aneroksia nervosa dan bulimia nevosa adalah disebabkan individu yang mempunyai keiginan untuk kelihatan cantik dan menarik. Mereka mengambil jalan yang singkat untuk kelihatan langsing dan cantik dan ini juga tidak mendorong individu mengamalkan pemakanan yang sihat.

a) Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat

Maksudnya: Pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme badan.

Puncanya disebabkan: Masalah psikologi iaitu kebimbangan terhadap kegemukan yang berlebihan

Tiga amalannya seperti:
-Berlapar dan tidak sukakan makanan (anoreksia nervosa)
-Memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek tekak selepas makan 
 (bulimia  nervosa)
-Pengambilan pil pelangsing badan

*Anoreksia nervosa*

Ciri-ciri: 

1. Terlalu bimbang dan takut akan  kegemukan
2. Sentiasa merungut dan tidak puas hati tentang berat badannya
3. Sentiasa berasa rendah diri apabila berbual mengenai berat badan
4. Benci pada makanan
5. Gangguan kitaran haid
6. Imej kendiri yang tiba-tiba berubah

*Bulimia nervosa*

Ciri-ciri:

1. Mempunyai selera makan yang tinggi
2. Makan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu masa
3. Mengalami sakit perut sebaik sahaja selepas makan
4. Keinginan mempunyai berat badan yang unggul 
5. Selalu merungut mengenai berat badan
6. Kerap mengalami sakit tekak
7. Gangguan kitaran haid

*Pengambilan pil untuk langsing*

Ciri-ciri:

1. Mengambil pelbagai jenis pil pelangsing
2. Gangguan terhadap selera makan
3. Tidak melakukan senaman



~Kesan Amalan Pemakan Yang Tidak Sihat~
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air da kalsium untuk proses perkumuhan badan
  • Gangguan pada denyutan jantung
  • Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi yang tiada konsisten dan bekemungkinan mati mengejut
  • Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering, rambut gugur dan tidak bermaya
  • Kandungan elektrolit badan tidak seimbang
  • Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendrian
  • Kekurangan rembesan estrogen
  • Mempercepatkan proses osteoporosis
  • Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong

#Langkah-langkah Pencegahan Amalan Pemakanan Yang Tidak Sihat#

Mengamalkan senaman yang tetap sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu dan selama 20 minit
bagi setiap sesi
Memantau sendiri dengan merekodkan makanan yang
dimakan setiap hari
 Makan ikut jadual dan berhemah

Elakkan mengambil makanan ringan seebelum
waktu makan
Tidak megambil makanan yang berkalori
tinggi
Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan


>Tip menurunkan berat badan<


Makan makanan yang berkalori rendah
Ambil makanan berserat
Makan antara tiga hingga empat kali
seharidalam jumlah kecil bagi
mengelakkan lapar
Mematuhi jadual makanan
Kunyah makanan dengan perlahan-lahan
Berhenti makan sebelum berasa kenyang
Rekodkan jadual perkembangan berat badan
Ikrar pada diri dan elakkan cara pemakanan
yang tidak sihat
Lakukan senaman secara berjadual





















#Marilah kita bersama-sama mengamalkan
 cara pemakanan yang sihat!









Tuesday, 16 February 2016

Daya Tahan Kardiovaskular



Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung, saluran darah (arteri, vena dan kapilari) dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa  melakukan aktiviti.
  • Contohnya ialah: 




1. Berjoging


2. Latihan Parcourse


3. Latihan Fartlek


  • Faedah Latihan
>  Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kecekapan otot jantung.
>  Mengurangkan risiko penyakit jantung
>  Membakar lemak di dalam badan
>  Mengawal dan mengurangkan berat badan




1.    Latihan berkonsepkan Parcourse
       
Tujuan:- Untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot jantung
              - Untuk meningkatkan daya tahan otot-otot rangka dan menjadikan badan bertambah sihat                     dan cergas
Aktiviti:-Berjalan
              -Lari pecut
              -Berjoging


2. Latihan Fartlek

-Ianya berasal dari negara Sweden.
-Latihan ini berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti:


  
                                                                       Berjalan pantas

  
Lari pecut


Berjoging


Lari dalam kelajuan sederhana

-Latihan ini dilakukan di pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya
-Latihan ini dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan.
-Tujuan latihan ini bukan hanya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan   kebosanan.





* Semoga blog ini dapat membantu anda semua*

















Sunday, 10 January 2016

JOM SIHAT !


Bisillahirahmanirrahim.

 Assalamualaikum kawan2 ,
Hari ini saya akan berkongsi sedikit tips bagaimana hendak sihat sejahtera serta cantik berseri.


#1 Makan makanan berkhasiat



#2 Bersenam/ Beriadah



#3 Jauhi dari merokok